Saturday, September 29, 2012

Kerana Zodiak, 40 Hari Solat Tak Diterima


Tenang dan santai, itu yang ku rasakan hari ini. Main game pun dah boring, sekarang waktu untuk baca bahan-bahan berilmiah. Ku hempaskan diri ke katil, uhuk2, terbatuk terus. Baru selembar ku buka, tiba-tiba…
“Arrrggghhhhh ~ Tidakkkkk.” Siapa lagi berteriak ni? Bikin kacau mood aku nak baca buku jak. Baru jak nak menghayati buku “Tips-tips Kebahagiaan Rumah Tangga.”
“Bala, bala, bala!!!” Lantas aku keluar bilik, nak tengok siapa yang berteriak, suara macam aku cam, tapi tak ingat dimana. Keluar jak aku, terus terkesima, biar betul apa yang ku nampak?
“Err, awak ni kenapa? Tiba-tiba boleh muncul di sini?” Sambil aku buat mata macam ni –> =.=”
“Awak tahu tak, awak tahu tak, saya baru jer tahu.” Ni yang aku malas nak berfikir ni, apa yang aku tahu ni?
“Mana aku tahu apa yang ko baru tahu tu Doraemon, apa yang ko baru tahu ni?” Soalku. Hairan. Lagi hairan bila nampak rambut dia tu. Eh? Doraemon berambut?
“Saya baru baca zodiak tadi, rupanya, haram baca zodiak.” Barulah terungkai segala persoalan.
“Lo, rupanya, yup, memang pun, ianya bersandarkan satu hadis riwayat Imam Muslim, Sabda Rasulullah (s.a.w.) yang bermaksud: Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam.” Ulasku.
“Maka, membaca zodiak sama hukumnya seperti orang yang mengunjungi ahli nujum ni. Maka haram jadinya.” sambungku lagi.
“Biarpun baca untuk suka-suka ker? Bukan percaya sangat pun.” Na, soalan biasa aku dengar kalau mo pusing. Suka juga ko main pusing-pusing ya Doraemon?
“Yup, tetap sama. Cuba kau fikir, kalau suka-suka pun, tiba-tiba yang dibaca tu ada yang tepat, mesti terdetik dalam hati ‘ya, aku begini hari ni’. Tidakkah itu bermaksud kamu membenarkan apa yang dikatakan zodiak tu?” Jawapku. Terkesima doraemon, sambil garu-garu kepala. Padahal, bukan ada jari pun mahu menggaru.
“Ingat, kalau kita membenarkan apa yang ramalan tu katakan, bermakna kita kufur kepada Allah, kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui dalam perkara ghaib, sesuai dengan firmanNya yang bermaksud : “”Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semesta.” (an-Naml: 65).
“Astaghfirullah, jadi, macam mana ni. Solat saya tak diterimalah?” Kata Doraemon sambil menangis teresak-esak. Lo, nangis, hodoh sungguh.
“Bertaubatlah, rahmat dan keampunan Allah kan luas. InsyaAllah, solat pasti diterima.” Kedengaran bunyi kelegaan darinya. Lantas, aku menyedari sesuatu. Ada sesuatu yang tidak kena disini.
“Jap, Doraemon, sejak bila kau masuk Islam ni?” Akhirnya aku memecahkan persoalan yang baru terlintas itu.
…………….. Sampai hilang balik rambut ko sal tak terjawab……

No comments:

Post a Comment

Play