Friday, August 10, 2012

SO SADDDD ~ SELAMAT HARI RAYA ~



Tengah syok layan FB . tetiba  kawan hantar link Youtube mengenai iklan raya Bernas tahun 2012.
Tajuk link yang kawan tu bagi ialah ‘serius sedey gaban’.
Mulanya WAN fikir..apalah iklan raya syarikat beras nak sedih sangat.
Selepas menonton…wow…ternyata WAN silap.
Jika dahulu iklan Petronas yang terbaik, tidak keterlaluan kalau dikatakan setakat ini untuk tahun ini, iklan Bernas layak diberikan gelaran itu.
Serius…sangat menyentuh hati.
WAN yakin, terutama wanita atau yang sudah menjadi ibu bapa, yang belum menonton iklan ini, pasti akan menangis atau sedih yang teramat bila melihatnya untuk kali pertama.
Banyak pengajaran dalam iklan yang lebih bersifat sebuah filem pendek itu.
Ia menceritakan kisah dua sahabat yatim piatu istimewa yang berusaha pulang menziarahi pusara ibu salah seorang daripada mereka.
Secara tidak langsung mengajar kita untuk bersyukur dan memperingatkan kita akan nikmat yang diberikan Allah SWT.
Di samping memperingatkan tanggungjawab kita yakni ada anggota dalam masyarakat yang memerlukan bantuan dari kita.
Bagi yang jiwa lembut tu, siaplah kotak tisu kat sebelah tu yea…serius sedey gaban.
(WAN  tengok 4 kali malam ni sahaja…tahniah Bernas). :(


No comments:

Post a Comment

Play